Rabu, 31 Disember 2008

WAHAI UMAT ISLAM!!!


iLuvislam.com menyeru semua pengunjung untuk membaca Qunut Nazilah setiap kali kita solat fardhu. Ini salah satu usaha kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.


اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله

اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم



Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami ke atas mereka.

Amien…!

Rabu, 17 Disember 2008

renung2kan wahai temanku~

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya…. Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya…. Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya….. Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya…. Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…. Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna… Tapi bersahabatlah kerana Allah.."

si dia~

at last, after a half year..
akhirnye si dia dah ok balik ngan ak..
huhuhu..
alhamdulillah..
naseb bek still fren..
sekurang2 nye xde terputus silaturrahim..
huhuhu
p/s: sape2 yg tau diam2 ek..
hehehe..;-)