Sabtu, 21 Mac 2009

Asal usul hantu (yg takot jgn bace)

1.Hantu Raya
- Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya...kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai -balai raya.

2.Hantu Langsuir
- Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3.Hantu Stokin
-Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumahtangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4.Hantu Jerangkung
- Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung.Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5.Hantu Pontianak
- Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya.Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.

6.Hantu Penanggal
- Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau dan kayap, dia pun mengilai
semahunya.

7.Hantu Pocong
- Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila diamati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8.Hantu Kom-Kom
- Berasal dari Hantu Komputer,macam ko rang yang suka main Komputer surf internet sampai 24jam hingga tak ingat dunia..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,.....komputer,komputer. Akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM..sahaja.... Samala macam korangggg!!!! hiihihiiiiiii!!!!

0 yang prihatin: